Thursday, May 28, 2009

MEMO KEPADA SEMUA STAFF !!!

Staff Sekalian,

Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2009, syarikat anda akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-

a. PENGANGKUTAN.

Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.

b. CUTI TAHUNAN.

Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya
ialah hari sabtu dan ahad.

c. WAKTU LUNCH:

1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.

2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.

3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.

d. CUTI SAKIT:

Mulai 2008 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga....

e. PENGGUNAAN TANDAS:

Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2008 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kemera akan menyala.

Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'.

f. PEMBEDAHAN :

Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari
dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup.... Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.

g. PENGGUNAAN INTERNET

Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.

Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.

Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, May 27, 2009

EKSPEDISI PALING BAHAYA DALAM HIDUPKU.....


Sekarang jam 1.30pagi waktu australia..aku pulak tgh baring tengok jam mesia yang baru pukul 11 setengah malam...tergerak hati aku nak memBLOGkan diri nie pasal badan aku skang nie tengah saket2..bukan sebab aku baru lepas kene pukul ngan malik nor atau pakcik mat nor sebelah umah aku,tapi sebab aku mengalami satu pengalaman paling pahit harini..tak sanggup aku nak ceritakan kat korang sume tapi apekan daya, aku memang takleh simpan lagi ape yang terjadi kat aku petang tadi.. aku terpaksa luahkan kat korang agar korang dapat pengajaran dari ape yg aku nak cerita nie...hmmm,Jam didinding menunjukkan pukul 3.30petang..makcik mala dengan makcik timah tengah menambahkan dosa mereka dengan mengumpat pasal anak makcik milah berger yang mengandung sebelum kahwin...arghhh,itu xpenting..aku plak tengah bantai tido sambil mimpi siti nurhaliza kene virus A H1N1...tetiba telepon aku berbunyi...aku pon terjaga dan cuba mencapai henpon nokia N78 aku yg bakal dijual bile aku kering nnti...bunyi ringtone wonderpets yg beria2 mahu membantu anak binatang yang kesusahan itu menyakitkan lagi hati aku untuk mencapai segera telepon...bila henpon ditangan aku,aku pon melihat nombor yang tertera di screen telefon bimbit aku..kuar name membe aku,dak kamil...tanpa bnyak cita aku pon menjawab panggilan tu..Berikut adalah sedikit sebanyak adegan merbahaya yang telah ditekskan...

Kamil : "Oi haram,ko buat pe tu?
Aku : aku ngah tido la kebau, apsal?...

Kamil : Ape barang tido petang, jom follow aku gi daki gunung tampin

Aku : hah? wtf,buat ape atas tu?ade besday party ke?

Kamil : Pale hotak ko..saje je ahh..excersice

Aku : excersice keharam ko...ko ingat rendah ker?

Kamil : ala,rendah jerk..dlm sejam lebey sampai ahh...

Aku : hmmm...slamber ahh...

Kamil : Orait..ko tggu kt umah ko,dlm kol 4 aku dtg amik ko..

Aku : Ok bro...eh, ko dh mandi ker?
Kamil : Aku dh mandi dh..npe?

Aku : owh, dh mndi ekk...hmmm...ko dh makan?

Kamil : Dh mkn ahh...apsl bai?
Aku : owh...sedap tak lauk mak ko masak? ko pkai baju warna ape tu?

Kamil : Babi, mmbazirkan kredit aku...sial...

Aku : Hahahahahahaha....


tuttt tuttt,si haram tu memutuskan talian...tergelak aku kesorangan kerana aku mungkin telah membazirkan kredit dak kamil dalam 2ringgit..maxis celcom tuu...hahhaah...aku pon bangun dan pergi mandi,bagi bersemangat sket ahh bile mndaki gunung nanti...fuhh,segar...sejok jerk rase...lepas pakai seluar trek dan baju cap ayam yang aku beli kat melaka ritu, aku pon terus keluar dan pegi ke kete aku tok amik kasot sukan..selesai aku memakai kasot tu..aku pon tunggu membe aku ni kat luar rumah..aku tengok makcik mala dengan makcik timah masih belum settle mengumpat hal orang, aku tengok makcik mala sampai bebuih2 mulut die mengumpatkan pasal si haram mane ntah..mungkin dia nak dapat markah penuh dalam cerita die..makcik timah plak siap sediakan jamuan ringan seperti kuih2 tempatan ngan air teh...pehh,mane x teruja...sambil membuat dosa sambil minum...hahaha...tiba2 ada plak sorang mamat nie naik sebijik motor ex5 berwarna hitam menyapa aku dari belakang...aku pon segera mengangkat tanganku yang sedang menggaru2 dibahagian lengkungan pelvis dan melambai pada mamat sorang nie...die pon tanyer aku something sambil menunggang motosikal tu dengan perlahan..aku pon dengan muka hensem dan konfiden trus jawab "Hahaha...Aku ade,malas je nak kuar rumah...tiba2 aku tengok muka mamat tu berubah..dan terus memecut motosikalnya...aku plak tau ni mesti aku salah jawab..ye la, die pon xde otak..mcm mane aku nak dengar ape die cakap,brenti la...ckp elok2,msti aku dengar...nie bunyi ekzos moto die pon dah macam bunyi kepale keretapi..memekak cam anak ular orok2...binatang tol...bapak ko suh blaja rajin2 taknak,ko nak jadi penyapu gak..kan dah kene keje kat kilang honda...pstu otak pon cacat...hish...kalo ko tengah baca nie,aku nak bagitau ko sebenarnyer aku memang xdengar ape yang ko ckp..hahaha...pstu bila dipikir2 balik,aku rase mungkin mmmbe aku tu tanyer "lame xjumpe,keje mane skang..."hahahha...mampos ahh...kejap tu aku terdengah bunyi hon kereta,aku tengok2 dak kamil ade kat depan umah aku...lantas aku mara ke kereta die...sambil berjalan aku pandang kiri kanan...di sebelah kiri,aku hanya nampak kayu2 untuk projek perumahan dua tingkat di sebelah umah aku...bila aku pandang sebelah kanan plak..aku nampak makcik timah tengah makan goreng pisang laju2 sambil mendengar cerita bohong yang direka makcik mala...ahli persatuan mereka kini semakin ramai,dari dua orang mereka kini telah menambah ahli iaitu makcik eton selaku ajk keceriaan dalam persatuan umpatan sekampung itu..aku tengok makcik ijah sekadar lalu dan melambai tangan pada 3 orang pembelit tu...ini mungkin kerana surat rayuan makcik ijah untuk menjadi ahli persatuan mereka masih pending kerana gambar ukuran passport makcik ijah pada surat permohonan haritu tidak menepati spesifikasi persatuan ini..makcik ramlah yang sebelum ini memegang tahta ratu umpatan terbaik kampung pula tidak kelihatan pada majlis pembelitan beramai2 itu kerana mungkin makcik ramlah dah 3bulan tak bayar duit persatuan..kemungkinan besar die telah digantung keahlian...aku pon segera membuka pintu kereta membe aku nie dan duduk sambil berfikirkan nasib persatuan umpatan sekampung aku yang meriah tu...Ko bawak ape je tu? tanya membe aku ni sambil menunjuk beg sandang aku..aku pon jawab, beg kosong jerk ngan pisau samurai aku...npe?...die pon ckp kalo beg aku tu kosong die nk tumpang wallet ngan henset die...aku pon ckp,ok jerk..tp ko bwk la beg nie...die pon stuju..Semasa dalam perjalanan ke Kaki gunung tampin, aku berkesempatan melihat nyalaan kuning pada meter kereta member aku ni yang menandakan minyak dia hampir kering...kitorang pon ke petronas dulu untuk isi minyak dengan beli air mineral untuk bekalan...Cacian,makian dan membinatangkan orang..itu saje yang keluar dari mulut kitorang...setiap orang yang aku tak suka msti ada rupa binatang di mata aku...aku pon tak paham kenapa...hahaha..Aku dengan kamil masih ketawa besar tanpa memikir satu peristiwa paling menakutkan akan berlaku di atas gunung tu...truupppp...Enjin kereta dimatikan dibawah kaki gunung ,kamil mencapai dan memakai kasut sukan die...aku pula sibuk warm-up....walaupun tiada setitik pon peluh yang keluar semasa aku warm up itu, aku tetap bersedia untuk mendaki gunung tampin atau lebih dikenali sebagai penghujung banjaran titiwangsa seperti yang diberitahu oleh cikgu kajian tempatan aku mase darjah tiga iaitu cikgu che mah....semasa die mangajar mengenai penghujung banjaran titiwangsa ini,die memberitahu khabar gembira pada kami sekelas 3 merah yang mana kitorang akan pergi rombongan ke gunung tampin...lalu kami semua bersorak riang dan keseronokan aku terhenti apabila aku terlihat sesuatu di hidung cikgu che mah...ceh, taik idong die tekuar...bangkai btul..potong giler ahhh...erk,smpai mane aku tadi??haaaa,smpai aku warm-up...Lepas membe aku setel pkai kasut, kitorang pon memulakan pendakian...aku memulakan dengan langkah yang besar..aku melihat jam ditangan..ding dong, ding dong...ahhh,membohong la tu..jam tangan aku bukan cam jam dinding ade loceng beso tu..hahahah..time tu baru pukul 4.30 petang...Perjalanan setinggi 95 tiang itu tidaklah begitu mudah...dari satu tiang ke satu tiang lagi,jaraknya hampir 50meter...kiranya 95x50...kira dan dapatkan jawapan korang,pstu baru sambung baca...aku xleh nak manjakan korang dengan bagi jawapan terus...lemak nanti...aku pon meneruskan pendakian sambil borak2 dengan member aku sampai ke tiang 40..dari situ,aku nampak sebahagian besar kawasan tampin yang semakin maju...tetapi pandangan aku tak berapa jelas sebab terhadang oleh dahan2 pokok yang besar meliputi penghujung banjaran titiwangsa itu....Selepas hampir 40minit mendaki,kitorang berhenti di air terjun Pada tiang ke 42...Tiada orang di kawasan itu...tempatnya sunyi dan siulan unggas yang lagi power daripada speaker Altec lansing ATP3 memeriahkan lagi kawasan gunung itu...Selepas 10minit berehat,Tiba2....aku terdengar satu bunyi yang agak kuat...aku menoleh ke kiri dan kanan..aku tengok muka member aku rilek jek macam tak dengar apape...pastu,aku tanya mmbe aku tu "ko dengar x bunyi tadik? pastu die jawab, mane ade bunyi apape...aku pon tak pikir banyak...Setelah berehat berberapa minit, aku meneruskan perjalanan dari air terjun ke puncak gunung...aku cuba melupakan benda yang aku dengar tadi dengan berborak bersama membe aku tu...ade berberapa orang apek tua sedang menuruni gunung itu berselisihan dengan kitorang...muka apek2 tu suma macam anak penguin yang keletihan di padang pasir..aku nampak apek yang berjalan paling hujung sekali tu tengah mengorek hidung die dengan rakus sekali..seorang lagi warga emas dalam kumpulan itu melihat kawannya yang mengorek idung nie dengan penuh berahi...mungkin die nak pinjam jari kawannya untuk mengorek hidungnya...arghhh...itu suma imaginasi aku yang melampau...aku meneruskan lagi pendakian ku....langkah demi langkah, jarum saat pada jam tangan aku bergerak semakin laju..ini menandakan aku berjalan semakin perlahan...arghhh...lutut ku mulai lemah, aku bergerak kekiri dan kekanan...aku perlukan seseorang untuk memberi semangat padaku untuk sampai ke puncak gunung...aku membayangkan kenapa la orang yang dalam iklan saket tekak yang bile die jerit jer,budak2 berkawat laju2 tu takde dekat ngan aku...kalo tak, mungkin aku naik laju sikit...ahhh,sial...lutut aku semakin longgar..member aku masih bertenaga...aku terlihat tiang nombor dan aku melajukan langkah aku untuk sampai ke tiang tu sebab aku nak tengok aku kat tiang nombor berapa...sesampainyer kat tiang tu, aku tersenyum lebar....aku di tiang nombor 57.....arghhhh,tak dapat aku bayangkan....setelah sekian lama aku meneruskan perjalanan dari air terjun itu, aku baru sampai die tiang 57....aku tidak dapat menahan perasaan aku...aku bercakap sorang2...aku mengambil ranting kayu dan pura2 macam aku tengah main gitar kat gig metallica...aku kehulu kehilir...aku dah macam orang gile sebab takleh terima kenyataan yang setelah hampir setengah jam aku bergerak dari air terjun, aku baru melepasi lebey kurang 15 tiang....arghhhh...kamil menenangkan aku...arhhh,mel nie blog aku,ko jangan ingat ko nak jadi hero...hahhaha....aku menenangkan diri aku sendiri...aku tarik nafas panjang....fuuuhhhhhh.....aku berehat seketika...time aku tengah berehat kat lereng bukit tu,tiba2 ada satu bunyi yang agak anih...kruuttttt....aku pon buat bodo,mungkin ada sesiapa yang terkentut di kawasan gunung itu dan dengungan bunyi itu sampai ke atas gunung....setelah berehat selama 3minit 47.9 saat, aku bangun dan teruskan berjalan kepuncak...member aku beria mahu sampai ke puncak...dia berjalan lebey kurang 10 meter dihadapanku....sedang aku berjalan mendaki gunung, tiba aku terdengar satu suara yang halus..seperti suara seekor hamster bercakap...aku terkejut dan lantas aku berhenti setempat dan membuka langkah silat walaupun aku bukan seorang pesilat...mungkin kerana aku suka menonton cerita pendekar di tv1...suara tadi makin dekat dengan aku, tiba2 bahu aku disentuh sesuatu, aku dengan serta merta membuka langkah serangan kesatria tahap ke tujuh cipan emas...dan aku mendengar suara membe aku berkata..."wei sengal, pehal ko nie??enset ko bebunyi la, ade orang call..." lerrr....binatang tol...rupanya suara hamster bercakap tu adalah suara hamster dalam cite wonderpets tu..sial tol,nyesal aku buat ringtone lagu bodo tu...hamster,itik dan kura2 yang pentingkan kerjasama itu terus memekak pada henpon aku dan segera aku menjawab panggilan yang diterima itu...

aku : haluuuu...
awek mane ntah: hello
aku : ha,sape nie?
awek mane ntah: hello
aku : iyooo...hello...sape nie?
awek mane ntah: emmm, helmy ada?
aku : ha?? sape??
awek mane ntah: helmy helmy...
aku : owh..helmy..die takde, tadi die kuar dengan dak nurul
awek mane ntah: erk..ha?btul ke?
aku :btul la...ni shima ker??helmy selalu gak cite pasal shima kat saye...
awek mane ntah: haaa...shima mane plak nie?
aku :erk,bukan shima ke??sori2...
awek mane ntah: hmmm,xpe...diorg kuar pegi mane?
aku :laa, mane la saye tau...tadi dengar cam nak ke shopping, tapi tak tau la shopping mane
awek mane ntah: owh yer ker...pegi shopping buat ape sampai henpon pon tinggal rumah..
aku : hehehe...tu saye tak tau la...tapi dengar cerita yang diorg nak tunang dah....
awek mane ntah: (terdiam sekejap)....hmmmm..nie sape ekk?
aku :saye ijoi...housemate dak helmy....
awek mane ntah: hahh...housemate??helmy kan tinggal rumah mak dia....

tupppp....aku terus letak henpon aku cepat2...member aku ternampak perwatakan aku yang kurang sopan dan bertanya padaku,"sape bai?..." ha...mane aku tau...ader awek sesat mane ntah tepon aku, carik balak die kot...aku pon belit die ahh..ape lagik...last2 kantoi..tu yg aku letak phone terus...hahahahaha....kitorang bantai gelak sekejap dan kemudian meneruskan pendakian ke gunung tampin yang lebih tinggi dari sekolah menengah aku...aku melihat jam, 5.45 minit petang...aku tau aku kene kejar masa kerana jika aku sampai lambat di puncak, aku tidak akan sempat turun sebelum gelap...perjalanan diteruskan...langkah kaki semakin laju mendaki untuk sampai ke puncak.....kini, aku telah sampai di tiang 77...member aku dah mula pancit, aku pula dah mula bocor....wahhh...letey gile babeng punyer....tapi disebabkan ni blog aku, dah tentu aku jadi hero...aku menolak perasaan letih aku dan mula mendayung kaki mendaki mndaki ke puncak...kitorang dah sampai di tiang ke 91...cuma tinggal lagi 4 tiang untuk aku mengakhiri azab pendakian setinggi hampir 5 kilometer ini...aku dah tak tahan....aku tak larat langsung....aku terduduk terus di laluan ke puncak gunung....aku ajak member aku turun...aku cakap kat die, "aku dah tak larat dol...jom ahh turun..." dengan selambe die jawab..."arhhhh,takde2..dah nak sampai puncak dah...lagi 4 ,5 tiang lagik kita sampai la.." aku plak cuba carik alasan untuk turun bawah sebab aku dah malas giler nak naik lagik...tinggi cam hawaw..die pulak beria nak naik sampai puncak sebab nak tangkap gambar dengan signboard gunung tampin kat atas tu...cehh,bukan ader pempuan pon kat puncak tu...tuiii...aku pon bagi alasan kat die..."wei mel, mak aku cakap..aku ader saket asma ahh"....."ahhh, jangan ko nak membelit...dari kecik aku kenal ko...tak penah pulak aku tengok ko kene asma...arini plak ko nk kene penyakit tu...dah2, naik...nak sampai dah"...adoiiii, idea aku tak diterima masyarakat plak..kumbang betul...takpe2...sampai jer kat puncak aku terus nak baring...memang dah pancit tahap ladybird demam dah nie...aku pon meneruskan pendakian dengan hati yang berat hasil paksaan si setan ni..dengan langkah yang lemah, aku berjalan dengan perlahan....membe aku berjalan melepasi aku...kalo sukan olimpik, mungkin die akan putuskan tali di garisan penamat sebelum aku...shitt...kejap tu, aku terdengar suara membe aku nie menjerit..."Yes yes yes...kita dah sampai....yahoooo..." jeritan member aku tu sama seperti jeritan edmund hillary yang baru saja sampai di puncak gunung everest...aku pun hanya memerlukan berberapa langkah untuk sampai ke dataran kecil di puncak gunung....Sesampainya aku diatas puncak gunung, aku melihat member aku sedang berposing2 untuk mengambil gambar secara sendirian untuk dimasukkan ke dalam myspace dia...aku memandang keliling puncak gunung tu....hatiku mula tak sedap, aku tak nampak apape pon...pokok je besar2 dan mengelilingi puncak tu....aku pun pandang member aku nie,die masih lagi bergambar dengan nokia Nseries die....TIBA-TIBA, aku terlihat sesuatu...aku terdiam seketika, bulu roma aku meremang,tangan aku menggigil,otak aku seperti tidak berfungsi, sum sum tulang aku mulai bergaduh sesama sendiri,rambut aku menjadi lurus(saya nak balik duit saya),aku mulai bercakap dengan tumbuh tumbuhan di kiri kanan aku dan bersalaman dengan pokok2 disekeliling aku,aku terus pandai subjek matematik dan mulai
berperangai seperti binatang...aku mendekati benda tu, aku tenung lama2..dan akhirnya baru aku tahu, yang aku daki tu adalah bukit tampin dan bukanlah gunung tampin....aku terus baring mengiring di dalam longkang yang dipenuhi dengan daun kering sambil air mata aku menitik dan berpikir kenapalah aku tak teruskan tidur petang aku tanpa menjawab panggilan si setan ni...mulai saat tu aku terus berpegang pada prinsip SILENT henpon semasa tidur.....arghhhh.....saket jiwa aku.....warghhhhhhhhhhhhh.........