Tinjauan Berita Harian mendapati, banyak pakaian dalam termasuk coli bertaburan di atas lantai premis itu, selain botol minuman keras kosong, tin gam serta bekas makanan dan minuman yang baru digunakan.
Seorang peniaga di kawasan itu yang enggan namanya disiarkan mendakwa, sering melihat pasangan remaja naik ke premis di tingkat atas itu sambil membawa makanan dan turun semula beberapa jam kemudian.
Seorang lagi peniaga yang mahu dikenali sebagai Ah Seng, 39, pula mendakwa pernah naik ke premis itu dan melihat dua pasangan memadu kasih secara terbuka.
"Satu pasangan sedang melakukan hubungan seks dalam keadaan berbogel, manakala satu pasangan lagi sedang asyik berpelukan.
"Menyedari kehadiran saya, mereka mencapai baju dan seluar dan melarikan diri tanpa sempat mengambil pakaian dalam," katanya.
Sementara itu, pegawai Bahagian Keselamatan Pejabat Daerah Tampin, Abdul Rahman Unus, berkata akan meminta Majlis Daerah segera membaiki pintu yang dirobohkan untuk menutup kawasan itu bagi menghentikan kegiatan tidak bertanggungjawab itu.
Nota : Sila Makan Sampah...
*Dirembat Dari berita Harian offline...
No comments:
Post a Comment