Wednesday, October 24, 2012

Mohd James ismail dan JKKK Kampung karisma part 1

Kegelapan malam menyelubungi balai raya kampung karisma..beberapa orang ahli jkkk kampung karisma sedang bersiap sedia untuk memulakan mesyuarat bulanan, makcik senah dan rosmah sedang membuat persiapan untuk jamuan makan..karipap kentang yang masih panas sedang di dihidang di dalam pinggang beralaskan daun pisang..sempat juga makcik munah mencuri lima enam biji karipap untuk dibawa pulang...ada juga ajk balai raya yang melatah latah di depan pintu masuk sebagai tanda setiakawan dan membuat hiburan malam...tepat jam 9,deruman bunyi enjin motosikal jaguh milik encik haji Baharom selaku ketua kampung karisma kedengaran di perkarangan balairaya...

Semua ajk kampung yang terlibat dalam mesyuarat bulanan mengambil tempat masing masing , mustapha ayob, orang kanan ketua kampung yang diberi gelaran raja kipas mula menyambut ketua kampung yang baru sampai..

"Jemput masuk tok ketua,cantik baju tok ketua malam ni!" mustapha ayob memuji baju t-shirt kolar merah berlogo umno yang dipakai oleh ketua kampung...

tok ketua yang berumur lingkungan 60-an itu hanya menganguk senyum dan mencapai kerusinya yang terletak di bahagian tengah penghujung barisan meja...tok ketua merasmikan majlis dengan memberi salam..

"Assalamualaikum"
"Syukur Alhamdulillah, Bertemu kita malam ni untuk majlis mesyuarat bulanan jkkk kampung karisma"
"terima kasih kepada ajk kita, En. jamal muhaiyob,selaku penaja karipap kentang, en. kadir musibah, penaja teh dan gula, en. sulaiman pilus, encik osman kulob dan juga ajk ajk kita yang hadir pada malam ini.
"seperti biasa, kita berjumpa lagi malam ini untuk membincangkan mengenai permasalahan kampung kita,"
"sekarang saya minta semua ajk untuk membentangkan masaalah kampung ini, kita mulakan dengan encik osman kulob...

"Salam Semua", Osman Kulob mula membentangkan masaalah yang dihadapi penduduk kampung..
Kita sekarang mengalami masalah kekurangan warung kopi di kampung ni tok ketua, ramai penduduk kampung warga emas kini mula minum di rumah dan tak lepak di kedai untuk main dam dan menyebabkan skill dan kualiti permainan dam di kampung ini berada pada prestasi yang agak teruk. Ini disebabkan warung janda timah di tutup untuk kerja menaik taraf dan sekarang terbengkalai sebab kekurangan modal. Jadi saya harap pihak jkkk mengambil tindakan yang amat drastik bagi membolehkan kami warga warga kampung karisma yang bersemangat jitu untuk kembali semula ke kancah dam haji. Sekian saja ulasan saya ," Osman kulob mengakhiri pembentangannya.

Menjawab pada soalan osman kulob, Ini memang masalah yang agak serius kerana boleh menyebabkan masalah otak songsang apabila tidak keluar rumah dan bermain dam. Jadi saya menyeru agar kesemua ahli jkkk kampung karisma ini membuat sumbangan kepada Janda Timah untuk membantu beliau menyiapkan warungnya. Tegas tok ketua baharom.

Apa lagi masalah yang kita hadapi? tanya tok ketua pada semua ahli jkkk yang hadir pada mesyuarat bulanan tersebut.

Kita ada masalah yang lebih besar!!!!" Jerit Muhidu awang sidek

No comments: