Wednesday, September 29, 2010

PERKASA or RAKSASA

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini 'mengisytiharkan' perang terhadap penyanyi rap dan pengarah filem kontroversi Namewee selepas album sulungnya dilancarkan semalam.

Ketua Wira NGO itu Arman Azha Abu Hanifah berkata, sebagai "panglima perang dan hulubalang Melayu" mereka akan sedia mengekori ke mana saja Namewee mengadakan siri jelajah dan persembahannya selepas ini.

"Kami sambut (siri jelajahnya) dengan tangan terbuka. Kalau dia buat konsert di dalam (dewan), kita akan 'berkonsert' di luar," katanya ketika diminta mengulas rancangan terbaru artis muda itu.

Sempena kelahiran album itu, Namewee selepas ini menjelajah seluruh negara sebagai rangka promosinya.

Terbaru esok di Kolej New Era, di Kajang yang dimiliki NGO pendidikan Cina yang berpengaruh Dong Zong.

Malam semalam, perkarangan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Kuala Lumpur, kecoh dengan kehadiran kira-kira 50 orang anggota PERKASA bagi membantah tindakan Namawee yang melancarkan albumnya.

Beberapa orang daripada mereka membawa sepanduk PERKASA, bendera Malaysia dan membakar gambar Namewee.

Kumpulan itu juga mendesak Namewee meminta maaf secara terbuka kepada keseluruhan rakyat Malaysia kerana "merosakkan muhibah kaum".

Berlindung belakang polis

Manakala Namewee pula berkata isu permohonan maaf bukan isu sebenar kerana beliau datang ke program itu "bagi membantu menyelesaikan isu perkauman".

Menjawab soalan, beliau juga berkata tidak takut pada PERKASA kerana percaya polis akan melindunginya.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Arman Azha menyifatkan Namewee sebagai "pengecut" dan tidak berani bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya.

"Kalau berani kenapa dia tidak keluar semalam. Berani kerana benar, takut kerana salah," katanya.

"Kalau dia (Namewee) cuba berlagak hendak menjadi wira Tionghoa, kenapa dia tidak berani berdepan dengan panglima perang Melayu semalam. Bukan kita hendak buat apa. Kita hendak berdiskusi saja."

Mendakwa pemuda Cina daripada Johor itu hanya berani bersembunyi di balik laman Youtube, Arman Azha berharap Namewee tidak terus berselindung di belakang polis dan media elektronik.

Ditanya tentang kenyataan Namewee yang enggan memohon maaf, Arman Azha menjawab pihaknya bukan meminta Namewee berbuat demikian kepada NGO Melayu terbesar itu, tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Ia mengganggu keharmonian dan muhibah (antara) kaum. Siapa yang buat video itu? Dia buat salah, kenapa hendak berlindung di balik polis?" soal Arman Azha.










.................................................................


Indon bakar bendera malaysia, pijak bendera.. lu org buat apa???cite pasal indon je, lu org cuak, pegang kote....mentang2 namewee solo, lu orang nak akal2 die.. Pada pandangan gua, gua rasa namewee nie cuma berani je..dia tak buat sesuatu clips tu kalo bende tu tak betul....

Gua harap gua tak kene saman....

nOTaRaksasa: " panglima perang dan hulubalang Melayu "... kamon la....da taun 2o1o...



NOTA: Artikal Dirembat dari MALAYSIAKINI....

Tuesday, September 28, 2010

Pejabat Daerah

Satu hari yang suci sebelum raya..gua dapat panggilan dari customer gua yang order toner printer berapa hari sebelumnya.....

"man, Toner abang da sampai ke"
"da bang" jawab gua penuh sopan...
"abang kat pejabat daerah nie...ko hantar sini boleh??"tanya customer gua
"bole bang, tadehal...10minit saya sampai..."
"ok, abg tunggu ko depan pintu besar,jap lagi abg turun"

lantas gua bangon dari kerusi dan bawak turun 28 batang toner masuk kedalam kereta gua...gua menyetart engine kete gua yang agak garang bunyinya....setelah lebih kurang 5minit perjalanan, gua parking betol2 depan pintu besar...gua tunggu brader tu dalam 10 minit, brader tu masih tak turun2...gua da mula hangin...lantas gua capai henpon gua, jari gua laju mendial nombor telefon brader tu yang menggunakan lagu Bunga Citra Lestari sebagai caller ringtone....

"Hello bang, da 10 minit saya tunggu nie..abang kat mana??"Tanya gua
"Abang kat pintu besar la ni...abang tunggu ko dari tadi..""

Gua terus usha kiri kanan, masih tak nampak batang hidung brader tu..Gua da mula hangin...

"takde pon bang...saya betul2 depan pintu besar nie, depan dewan"

brader tu terus diam.....tiba2 brader tu hangin semacam...

"Kepala hotak ko...tu MAJLIS DAERAH....Aku kat PEJABAT DAERAH...!!!!"

.................................................


Gua tersengih2 bawak kereta balik ke pejabat daerah yang boleh jalan kaki je dari kedai gua....

PUNK!!!!

Gua TEngok lu nie, Rambut Da pacak...KEning Da Betindik....telinga da tindik....Seluar Da Koyak2....sampah da makan....Tapi......


............................................................


Apehal lu dengar lagu ROSSA????!!!!

Wednesday, September 22, 2010

TM Streamyx registration

Daftar Streamyx tak kesah korang duduk KL, Perak, Selangor, Melaka, N.9 or mana2 negeri di tanah melayu...Semuanya percuma...Bulan ke-2 baru start bayar...email or fax ic copy kt ak je..


call me at :-

Hp :019-2434207
Office : 06-4416600
email : zaman.tech@yahoo.com

ZAMANTECH.COM....

Installation complete dalam 10 hari...da boleh berfesbok...

Televisyen

Gua jual komputer, pehal lu masok kedai gua carik tv...lu nak kene lempang???

Tuesday, September 21, 2010

Ajal...

Bila orang ternama kene bunuh, seminggu pon tak habis cerita pasal dia...kalo Pakcik mustapha yang kene bunuh, jangan kata surat kabar, guna sms pon xgheti nak fowardkan..cilakak... Dunia dunia...

Monday, September 20, 2010

Pendrive

Satu petang pada bulan pose lepas, sedang gua layan mempomen komputer customer, datang seorang gadis yang rupanya ala2 signboard kedai pakaian ayob bin hakim isa menerpa gua dari arah belakang...dengan muka kencing manisnya gadis tu bertanya kat gua,

"bang, Ada jual pendrive x?"
"dengan lancar gua cakap ada"
"nak pendrive janama ape dik? tanya gua dengan penuh tenang.."
"saya nak jenama pendrive bang"

dengan penuh wayang gua belek stock pendrive gua walaupun gua tau gua xpenah amik stok jenama pendrive...

"Jenama pendrive abis la dik, tinggal kingston same sandisk je nie..gua bersuara dengan muka pura2 kecewa"
"saya nak amik banyak ni bang, saya technician sekolah ni bang, saya nak 10 unit"
cilakak..banyak gak tu, "takpe dik, amik jenama kingston ni la, abg kasi diskaun sket, tadehal."
"tanak la bang, kingston nie cepat rosak"
"mane ade rosak, brand new nie..ader 5year warranty lagi"
"saya dah 6 tahun jadi technician sekolah bang, saya tau mane elok mane tak elok,jawab die dengan muke ala2 ahli akademik.."
"ye dik tapi yang ni ade warranty, apapehal hantar sini balik, gua cube mengkonfiden kan die"

tiba2 dengan suara yang agak kasar, die jawab kt gua,

"saya tak kesah pasal warranty, yang penting pendrive tu bile cucuk kat pc yang ade banyak virus, virus takkan masok dalam pendrive tu...jenama pendrive je yang virus takkan masok...

..............................

Gua bukak kasot depan die, gua gigit kuku kaki smpai pendek....




Nota Pendrive :kalo lu da bodo, 6 taun keje pon otak lu cam binatang...lu datang kedai gua lagi, gua bagi lu makan selipar...

*Syarikat antivirus sila ambil perhatian terhadap isu ini...